Bapa Heliza, Hazwani Terlibat Kemalangan Motosikal

LocalEntertainment
31 Oct 2025 • 12:58 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bapa Heliza, Hazwani Terlibat Kemalangan Motosikal

Bapa kepada penyanyi terkenal, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, iaitu Helmi Mohd Hasbi, dipercayai terlibat dalam kemalangan motosikal sebentar tadi.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Heliza menerusi hantaran di laman Threads miliknya, yang turut meminta orang ramai mendoakan kesembuhan bapanya.

Menurut Heliza, beliau menerima berita mengejutkan itu ketika sedang menghadiri mesyuarat apabila menerima panggilan daripada adik lelakinya.

“Assalamualaikum. Tadi kakja ada meeting. Tiba-tiba adik lelaki call kakja. Dia jarang call. Rasa pelik tapi masa tu tengah meeting, kakja mesej bagitau “mesej sebab tengah meeting”.

“Sekali adik kakja bagitau “Abah accident motor”. Innalillah. Nak gugur jantung. Terus call adik dan video call nak tengok keadaan abah,” tulisnya.

Tambah Heliza lagi, bapanya dipercayai turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Doakan abah cepat sembuh dan takda apa-apa mudarat. Luka abah banyak tempat dan besar, dan abah macam sakit bahagian dalaman. Nak minta doakan Abah (Helmi bin Hj Mohd Hasbi) boleh?” tulisnya lagi.

Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa buat keluarga itu agar bapa mereka segera pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.