Heliza Helmi Sembang ‘Kacip’ Di Media Sosial, Peminat Terhibur – “Yang Saya Tahu Hanyalah Kicap”

EntertainmentLifestyle
11 Oct 2025 • 6:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas melalui perjalanan panjang bersama misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), penyanyi dan aktivis terkenal Heliza Helmi kembali mencuri perhatian netizen — kali ini kerana kelakuannya yang aktif meninggalkan komen di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pengguna bertanya secara terbuka tentang tindakan Heliza yang dikatakan “kacip” ketika berinteraksi dalam ruangan komen.

Kenapa dengan Heliza Helmi. Apa yang dia borak kacip. Aku tak faham kenapa ramai orang kata dia balas komen kacip.

Menariknya, Heliza sendiri sempat membalas komen berkenaan dengan gaya bersahaja dan penuh humor.

Tu lah, aku pun tak faham. Dari orang guna kacip, aku dah tak faham kacip itu apa. Yang aku tahu, hanyalah kicap.

Aksi spontan dan lucu itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan sikap sempoi dan mesra Heliza di ruang maya.

image is not available

Sebelum ini, Heliza merupakan salah seorang daripada 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) untuk memecahkan sekatan Israel terhadap Palestin. Namun, ketika dalam pelayaran ke Gaza, kapal mereka dipintas oleh tentera Israel dan semua sukarelawan termasuk Heliza ditahan selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-11 16:53:46

Rizman Ruzaini Enggan Ulas Isu Hutang, Tak Pasti Dakwaan Intan Najuwa Ditujukan Kepada Mereka - "Selagi Nama Kami Tak Kena 'Petik'.."