"Bapa Jenis Apa Rogol Anak 105 Kali?" - Lelaki Dipenjara 42 Tahun, 24 Sebatan!

9 Nov 2023 • 12:35 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang bapa tiri durjana dipenjara 42 tahun dan dikenakan 24 sebatan kerana merogol anak tiri perempuan sebanyak 105 kali dalam tempoh dua tahun.

"Bapa jenis apa yang merogol anak 105 kali? Satu kali pun kita tidak boleh maafkan, ini pula (lebih) 100 kali," tegas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara dan sebatan yang disabitkan Mahkamah Tinggi Klang terhadap lelaki berusia 36 tahun itu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah selepas menolak rayuan akhir perayu untuk mengurangkan hukuman berkenaan.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Hakim Datuk Azmi Ariffin.

Hukuman penjara 1,050 tahun









He is sick!

















Sumber: Harian Metro



image is not available