Bapa Khai Bahar Meninggal Dunia, Akan Dikebumi Tengah Hari Ini

Entertainment
20 Sep 2025 • 12:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bapa kepada penyanyi popular tanah air, Khai Bahar, iaitu Baharuddin Bakri, dilaporkan meninggal dunia malam tadi.

image is not available

Berita hiba dan dukacita itu dimaklumkan pengurus Khai, Rizal atau lebih dikenali sebagai Jai, menerusi hantaran di Instagram Story yang menzahirkan ucapan takziah serta doa buat arwah. Khai, 31, turut berkongsi perkembangan berkenaan di akaun Instagram peribadinya awal pagi tadi.

image is not available

Menurut penyanyi kelahiran Perlis itu, jenazah arwah bapanya akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Tok Paduka, Kangar. Namun, beliau tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai punca kematian.

Pemergian ini sekali lagi menguji Khai selepas beliau kehilangan ibunya, Allahyarhamah Rosnah Muhammad, pada 2 Januari 2024, juga di Kangar.

Peminat dan rakan artis di media sosial turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham Baharuddin ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.