Bapa lega urusan kebumi jenazah Dr. Ainul Baraah selesai

13 Sep 2026 • 4:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bapa lega urusan kebumi jenazah Dr. Ainul Baraah selesai

KOTA BHARU: Bapa kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamarudin meluahkan rasa syukur apabila semua urusan pengebumian anaknya selesai dalam tempoh yang singkat.

Kamarudin Salleh, 69, berkata, dia lega apabila semua urusan forensik dan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Sarawak tidak mengambil masa yang lama.

Katanya, ia sekali gus membolehkan jenazah Dr. Ainul Baraah, 33, dapat dibawa pulang Kelantan dalam tempoh yang singkat.

“Ketika di Miri, Sarawak, saya tertanya-tanya mengenai tempoh terutama melibatkan prosedur forensik dan ujian DNA. Selain itu, kami sekeluarga juga terikat dengan jadual penerbangan untuk pulang ke Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Kampung Baung di sini hari ini.

Kamarudin berterima kasih kepada semua pihak terutama Kementerian Kesihatan apabila jenazah Dr. Ainul Baraah dapat dibawa pulang ke Kelantan hari ini.

Sementara itu, beliau mengakui agak terkejut dengan kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik itu, namun tetap reda dengan takdir dan ketentuan Allah SWT.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Ainul Baraah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper di sini, kira-kira pukul 2.20 petang ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengimamkan solat jenazah selepas solat zuhur di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung di sini bersama lebih 1,000 jemaah. – UTUSAN

 

The post Bapa lega urusan kebumi jenazah Dr. Ainul Baraah selesai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved