Lega urusan kebumi jenazah Dr. Ainul selesai – Bapa

13 Sep 2026 • 3:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lega urusan kebumi jenazah Dr. Ainul selesai – Bapa

KOTA BHARU – Bapa pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamarudin, 33, lega apabila semua urusan pengebumian anaknya selesai dalam tempoh yang singkat.

Kamarudin Salleh, 69, berkata, dia bersyukur kerana proses bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Sarawak tidak mengambil masa lama sekali gus membolehkan jenazah anaknya dibawa pulang Kelantan dalam masa singkat.

Katanya, sebagai bapa, dia mengakui terkejut dengan kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik itu, namun reda dengan takdir dan ketentuan Allah SWT.

“Ketika di Miri, Sarawak, saya tertanya-tanya mengenai tempoh masa terutama prosedur forensik dan ujian DNA. Selain itu, kami sekeluarga juga terikat dengan jadual penerbangan untuk pulang ke Kelantan.

“Kita difahamkan, pesawat pengangkut C-130H Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia akan berlepas ke Kelantan pada 13 September ini (Rabu) dan ia merupakan satu tempoh yang lama.

“Alhamdulillah, dengan usaha pihak berkaitan terutama Kementerian Kesihatan, jenazah Ainul Baraah dapat dibawa pulang ke Kelantan pada pagi ini,” katanta ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Kampung Baung di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Dr. Ainul Baraah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper di sini kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

Sebelum itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengimamkan solat jenazah selepas solat zuhur di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung di sini yang turut disertai lebih 1,000 jemaah.

Kamarudin yang merupakan pesara guru memberitahu, dia sangat lega selepas segala urusan pengebumian jenazah anaknya berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak. – KOSMO! ONLINE

The post Lega urusan kebumi jenazah Dr. Ainul selesai – Bapa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved