Bapa Letak Anak Dalam ‘Recycle Bin’ Didakwa Untuk Denda, Undang Pelbagai Reaksi – “Biarkan Je, Itu Cara Dia Didik Anak”

Family & Parenting
24 Jun 2025 • 2:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendenda anak masing-masing apabila melakukan kesalahan dan pastinya dengan tujuan mendidik mereka.

Namun, tindakan seorang bapa dari Singapura ini meraih perhatian netizen dan mencetuskan pelbagai respon berbeza selepas video tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, lelaki terbabit dilihat meletakkan anak lelakinya di dalam tong sampah kitar semula dan kanak-kanak tersebut dilihat sedang menangis.

Sementara itu, di sebelah tong sampah berkenaan pula ada seorang lagi kanak-kanak lelaki dipercayai adik beradik kepada budak tersebut yang melihat situasi tersebut kebingungan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SG Daily (@thesgdaily)

 

Ada yang setuju, ada yang tidak

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran terbabit dipenuhi dengan pelbagai respon berbeza di mana sesetengah pihak bersetuju dengan tindakan si bapa tersebut.

image is not available image is not available image is not available

Bagaimanapun, segelintir pihak pula berpendapat tindakan si bapa akan memberi kesan buruk terhadapa mental anaknya apabila dia membesar kelak.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Apa pendapat korang?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 days ago

Guru Hantar Foto 18 Pelajar Tak Siapkan Kerja Sekolah Dalam WhatsApp, Ibu Bapa Buat Aduan KE SISPAA Kerana Maruah Anak