Tindakan Lelaki Didakwa Letak Anak Dalam Tong Kitar Semula Sebagai Denda Undang Kemarahan Netizen

Entertainment
23 Jun 2025 • 3:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anaknya, ada yang suka menggunakan kaedah psikologi, ada juga yang jenis tegas seperti mana cara ibu bapa kita didik kita sewaktu kecil. Namun pastinya cara itu mungkin tidak boleh diterapkan 100% kepada generasi sekarang.

Bagaimanapun, seorang bapa dari Singapura ini dianggap menggunakan kaedah yang boleh dikatakan agak ekstrem untuk mendisiplinkan anaknya. Si bapa ini dikatakan meletakkan anaknya ke dalam tong sampah kitar semula kerana degil.

Tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut tular menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram sejak Sabtu lepas, video tersebut memperlihatkan seorang lelaki yang menjinjing beg putih di bahu sedang berdiri di hadapan tong sampah kitar semula.

Sementara itu, di dalam tong sampah kitar semula itu kelihatan seorang budak lelaki yang dipercayai anaknya yang sedang menangis sementara seorang lagi adik beradik lain dilihat kebingungan sambil melihat budak lelaki tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SG Daily (@thesgdaily)

Menurut sumber, bapanya itu seperti sedang memarahi anaknya kerana dikatakan berkelakuan nakal. Video tersebut telah mengundang kemarahan netizen dan dalam masa yang sama, ada juga yang menyokong ketegasan si bapa itu yang dikatakan ingin mengajar anaknya.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Apa pandangan korang? Patut tak tindakan si ayah ni?

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.