Shaniena Bengang Kena Judge Cara Jaga Baby - “Terpaling Mak Mak Tolong Diam! Anak Aku, Lantaklah Nak Besarkan Dia”

19 Jun 2025 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Shaniena Natasya berang apabila ada individu mempersoalkan caranya menguruskan anak yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari lalu.
 

Masing-masing ada cara sendiri

Dakwa individu itu, Shaniena tidak sepatutnya membiarkan anak yang baru dilahirkan digendong oleh pembantu.



Malah individu itu berpendapat adalah lebih baik sekiranya Shaniena sendiri yang menggendong anaknya supaya mereka mempunyai momen bersama.



Shaniena bagaimanapun tidak bersetuju dengan perkara itu dan berpendapat cara menguruskan anak adalah bergantung kepada cara masing-masing kerana dia mempunyai pekerjaan yang perlu dilakukan.



“Dear terpaling mak mak. Tolong diam, awak buat cara awak. Kau tahu ke aku tidur pukul berapa? Breastfeed pukul berapa? 

“Yang kau tahu tengok TikTok, judge orang, diam lah weh. Burnout jugak, kadang-kadang diam macam dipijak-pijak pula.

“Anak aku lantaklah aku nak besarkan dia dengan maid ke, nak gendong sendiri. Ya Allah, aku betul-betul burnout weh lepas baca.


“Sebab aku kerja, berpantang, lepas itu jaga baby ni lain weh emosi,” tulisnya.

 

Netizen sokong Shaniena

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen memihak kepada Shaniena dan menasihatkannya supaya tidak mempedulikan komen negatif.


image is not available




Berikut merupakan perkongsian penuh Shaniena: