Bapa menangis dalam kereta, sebak hantar anak hari pertama masuk sekolah

LocalFamily & Parenting
14 Jan 2025 • 5:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bapa menangis dalam kereta

Seorang bapa menangis dalam kereta kerana begitu sebak sewaktu menghantar anak ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai ayunorzin apabila memuat naik momen suaminya yang kelihatan cukup berat sewaktu menghantar anaknya masuk ke sekolah tadika.

@ayunorzin

Yayah nangis hantar anak lagi parah gaduh ngan bubu pun yayah tak nangis apatah lagi salam raya bubu tahu yayah kalah ngan anak dari mak anak

♬ original sound - -

Bapa menangis dalam kereta, sugul kenang anak dah masuk sekolah

Dalam video tersebut, suaminya turut sempat mengintai dari luar pintu tadika bagi melihat keadaan anaknya yang sudah berada di dalam kelas sebelum beredar memasuki kereta dengan wajah yang agak sugul.

image is not available

Bapa menangis dalam kereta, isteri pula yang chill

Menerusi kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok itu berseloroh mengatakan suaminya menangis lagi teruk berbanding ketika bermaafan pada hari raya ataupun sewaktu mereka mengalami perselisihan faham.

“Yayah nangis hantar anak lagi parah. Gaduh ngan bubu pun yayah tak nangis apatah lagi salam raya

“Bubu tahu yayah kalah ngan anak dari mak anak,” tulisnya.

Bab anak memang ayah kalah!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan mengatakan hal berkaitan dengan anak sememangnya membuatkan ibu bapa cepat sensitif lebih-lebih lagi menyedari bahawa mereka semakin membesar.

Ada juga yang menasihati supaya ibu bapa menghargai masa-masa bersama dengan anak kerana apabila mereka dewasa kelak, semuanya akan menjadi sukar dirasai lagi.

image is not available

Jarang-jarang ayah macam ni

image is not available

Hargailah masa bersama anak

image is not available

Belum lagi dia masuk asrama, lepastu bernikah

image is not available

Semoga anak-anak membesar menjadi insan yang berbakti kepada orang tua dan terus mengingati jasa serta pengorbanan mereka.

Sumber: TikTok ayunorzin