Bapa Nurin Jazlin ‘Cancel’ Podcast Dengan Abang Crime Dan Beralih Ke Sembang Oh Yeah? Ini Penjelasan Tuan Badan

16 Jul 2026 • 2:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu jemputan podcast melibatkan pempengaruh Abang Crime dan bapa kepada arwah Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, mencuri perhatian selepas kedua-duanya dilihat saling memberi penjelasan di media sosial.

Perkara itu bermula apabila Abang Crime meluahkan rasa terkilan memaklumkan tawaran untuk membawa Jazimin ke podcastnya tidak diteruskan.

Sebaliknya, Jazimin dikatakan ke podcast Oh Yeah yang dikendalikan oleh Iskandar Rahman.

“Tiba-tiba kena potong tang kona” – Abang Crime

oh yeah
Screenshot

Dengan penuh rasa kecewa, Abang Crime mengakui dia hanyalah orang kecil dan tidak popular. Malah, dia juga hanya mampu membayar jumlah yang sedikit kepada tetamu undangannya.

abang crime

Tidak lama kemudian, bapa arwah Nurin Jazlin tampil memberi penjelasan berhubung keputusan memilih podcast lain dan tidak meneruskan jemputan bersama Abang Crime.

Jazimin menegaskan keputusan itu bukan disebabkan bayaran seperti yang mungkin disangka sesetengah pihak.

Sebaliknya, kerana dia rasa kurang senang terhadap hantaran lama Abang Crime mengenai isu DNA dalam kes arwah Nurin Jazlin.

abang crime

Menerusi balasannya pada hantaran tersebut, Jazimin mempersoalkan sumber dakwaan berkenaan memandangkan menurutnya, ahli keluarga sendiri tidak mengetahui perkara seperti yang dibangkitkan.

Susulan penjelasan Jazimin itu, Abang Crime kemudian tampil membuat hantaran lanjut bagi menjelaskan pendiriannya.

Abang Crime menjelaskan, dia tidak membuat kenyataan tersebut secara sembarangan dan mendakwa maklumat mengenai DNA suspek memang berada dalam data bank DNA negara.

abang crime

Dalam hantaran itu juga, Abang Crime turut melampirkan pautan artikel Astro Awani bertajuk Kes Nurin Jazlin: Bank data DNA mampu bantu siasatan – Pakar forensik.

Abang Crime turut menyatakan dia mahu menutup buku mengenai perkara tersebut dan move on.

The post Bapa Nurin Jazlin ‘Cancel’ Podcast Dengan Abang Crime Dan Beralih Ke Sembang Oh Yeah? Ini Penjelasan Tuan Badan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved