Bapa Puteri Balqis Akhirnya Ditahan Polis, Telefon Bimbit Dirampas Untuk Siasatan

8 Sep 2022 • 1:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bapa kandung kepada pelakon, Puteri Balqis sudah ditahan pihak polis jam 2.25 petang pada Selasa lepas.

Menurut laporan mstar, suspek telah ditahan selepas didakwa melakukan serangan seksual, miliki bahan lucah serta pengabaian dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.

Telefon bimbit kepada bapa Aqish juga turut dirampas sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. 

Sebelum ini, Puteri Balqis telah mendedahkan perangai sebenar bapanya yang dikatakan seringkali melakukan penderaan dari segi mental dan fizikal terhadap ibu bersama dirinya dalam satu podcast bersama Youtuber, Bros Gang TV sebelum membuat laporan polis.

Semoga yang benar akan terbukti dan yang salah akan dihukum.

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved