Bapa saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang disyaki dicampak ke sungai sehingga maut di Kampung Padang, Tanjung Sedili, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan dan dikeluarkan oleh Hakim Hafizah Abdul Rajak di Mahkamah Sesyen.
KOSMO ONLINE Suspek direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh.
Terdahulu, suspek difahamkan mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi sebelum dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi anggota polis.
Semalam, polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencampakkan anak saudaranya yang berusia lima tahun ke dalam sungai sehingga menyebabkan kanak-kanak itu maut.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.
Menurutnya, sebelum kejadian, suspek dipercayai mencampakkan mangsa ke dalam sungai sebelum mengamuk dengan bersenjatakan parang dan mengejar bapa mangsa yang berusia 40 tahun.
Siasatan lanjut kini dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kejadian. – KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Polis Kesan Video Tular Kes Curi Kabel Di Ampang, Siasatan Libat Seksyen 233 Libatkan Pemilik Video CCTV
The post Bapa Saudara Campak Anak Saudara Usia 5 Tahun Dalam Sungai Direman 7 Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






