Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada Adeola butir emas pertama Sukan Asia

22 Sep 2026 • 9:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada Adeola butir emas pertama Sukan Asia

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada atlet karate negara, Adeola Fay Robert atas kejayaan membutirkan pingat emas pertama buat Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini.

Anwar turut berharap kejayaan atlet berusia 20 tahun itu mampu membakar semangat atlet-atlet negara yang menggalas cabaran Malaysia di temasya terbesar Asia empat tahun sekali tersebut.

“Teruskan berjuang dan harumkan nama Malaysia,” katanya menerusi laman X.

Adeola, yang membuat penampilan sulung pada Sukan Asia kali ini, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas selepas menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 pada final acara kumite bawah 55 kilogram (kg).

Kejayaan itu meneruskan momentum positif atlet dari Sabah itu selepas meraih pingat gangsa pada Sukan SEA Thailand 2025, Disember tahun lepas.

Pingat emas diraih Adeola hari ini turut menamatkan penantian skuad karate wanita Malaysia untuk kembali merangkul emas Sukan Asia apabila kali terakhir dimenangi Syakilla Salni pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.-UTUSAN

The post Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada Adeola butir emas pertama Sukan Asia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved