Bapa Sharnaaz Ahmad, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad meninggal dunia pada awal pagi Rabu.
Berita pilu itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Hero saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
“Dia tidak pernah berhenti putus asa, hanya jantungnya sahaja yang berhenti berdegup.
“Dia selamanya akan menjadi hero dan juara untuk saya. Saya sayang papa, Al- Fatihah papa,” tulisnya.”tulisnya.

Dalam nada sayu dan cuba menahan sebak, Sharnaaz turut berterima kasih kepada bapanya kerana telah menjadi sosok bapa yang hebat dan kuat. Artikel lain: Salam takziah, Bapa MK K-Clique meninggal dunia Sementara itu, Sharnaaz memaklumkan solat jenazah akan diadakan di Masjid Syed Eyusof, George Town selepas solat Asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama. Sharnaaz bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca kematian bapanya. Namun, sebelum ini dia pernah berkongsi dan meminta orang ramai untuk terus mendoakan.Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Dalam hantaran sama, pelakon berusia 38 tahun itu memaklumkan jenazah dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke kampung halaman keluarganya di George Town, Pulau Pinang.
“Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat kepada kita semua.
“Saya setengah kuat seperti anda, separuh sebagai ayah yang baik seperti anda. Sekarang ajar saya untuk menjadi yang hebat seperti anda dari syurga tau,” tulisnya lagi.


Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad


