Bapa tak halang berkawan dengan Azeva – Zaki Yamani

Entertainment
23 Sep 2026 • 2:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bapa tak halang berkawan dengan Azeva – Zaki Yamani

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah tidak pernah mengahalang anaknya, Zaki Yamani berkawan baik dengan penyanyi, Azeva.

Menurut Zaki, bapanya bersikap terbuka asalkan fokus anaknya terhadap bidang yang diceburi tidak terganggu.

“Saya ada berjumpa beliau baru-baru ini, kami berborak tentang perkembangan masing-masing.

“Bapa saya tidak menghalang saya nak berkawan dengan Azeva, tapi seeloknya katanya biarlah karier tidak terganggu,” katanya.

Zaki bagaimanapun pelik apabila cerita mengenai persahabatannya dengan Azeva sampai ke pengetahuan bapanya.

“Saya ada bertanyakan abang saya mengenai perkara ini, jawabnya menerusi TikTok.

“Dia juga tahu saya ke gimnasium, lantas menasihatkan saya kalau mahu jadi penyanyi badan jangan terlalu besar. Jadi saya berhenti ke gimnasium.

“Setiap nasihat beliau saya pegang dan ambil sebagai pedoman,” kongsinya. – UTUSAN

The post Bapa tak halang berkawan dengan Azeva – Zaki Yamani appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved