Bapa tendang anak di restoran ala Thai serah diri pada polis

LocalFamily & Parenting
14 Sep 2026 • 6:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bapa tendang anak di restoran ala Thai serah diri pada polis

KOTA BHARU: Seorang lelaki bertindak menyerahkan diri kepada polis semalam selepas dipercayai bertindak menendang anak perempuannya di sebuah restoran masakan ala Thailand yang terkemuka di Telipot di sini pada Jumaat lalu.

Suspek berusia dalam lingkungan 40-an berbuat demikian di Balai Polis Kota Bharu di sini.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri ketika dihubungi di sini hari ini.

“Suspek kini ditahan reman bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Media semalam melaporkan, polis sedang mengesan seorang lelaki yang didakwa menyepak seorang kanak-kanak perempuan dalam kejadian di sebuah kedai makan masakan Thai terkenal di Telipot, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 10.24 malam tadi berhubung video kejadian yang tular dalam media sosial aplikasi Threads.-UTUSAN

The post Bapa tendang anak di restoran ala Thai serah diri pada polis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved