Bapa tendang anak perempuan di restoran ala Thai akhirnya diberkas

LocalFamily & Parenting
14 Sep 2026 • 6:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bapa tendang anak perempuan di restoran ala Thai akhirnya diberkas

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang dipercayai menendang anak perempuannya di sebuah restoran masakan ala Thailand di Telipot di sini pada Jumaat lalu akhirnya diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Kota Bharu di sini.

Katanya, suspek direman bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kosmo! semalam melaporkan, polis memburu seorang lelaki yang dipercayai menendang kanak-kanak perempuan di sebuah restoran masakan ala Thailand di Telipot pada Jumaat lalu.

Mohd. Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 10.24 malam kelmarin berhubung video kejadian yang tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki bertindak kasar apabila menyepak kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya di premis berkenaan.

Video itu dimuat naik pemilik premis terbabit menerusi akaun Facebook sebelum tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

The post Bapa tendang anak perempuan di restoran ala Thai akhirnya diberkas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved