Bapa terharu anak buat kejutan hadiahkan PS5, berulang kali ucap terima kasih

GamingLifestyle
11 Jan 2025 • 2:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bapa terharu anak buat kejutan

Seorang bapa terharu apabila anak buat kejutan hadiahkan PS5 kepadanya sehingga dia menjerit keriangan.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai sefhiaaa, dia telah memberikan hadiah tersebut kepada bapa tersayang memandangkan lelaki itu beberapa kali bercakap berkenaan permainan video terbabit.

Bapa terharu anak buat kejutan, usia 50 dapat PS5

Dapat dilihat keterujaan bapanya ketika mengambil PS5 tersebut dari tangan anak sehingga berulang kali mengucapkan terima kasih.

“Dia seolah-olah tidak percaya dengan pemberian tersebut kerana sudah lama menginginkan permainan video itu.

“Gila kau kak! Ayah bergurau je, bukan nak betul-betul pun. Aku dah 50 dapat PS5 bro!” ujarnya.

Bapa terharu anak buat kejutan, turut ucap terima kasih kepada isteri

Dia yang turut mendapat beberapa lagi hadiah telah mengucapkan terima kasih berulang-ulang kali sambil mencium anak gadisnya kerana membuat kejutan yang begitu menggembirakan.

Lelaki itu juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana memberi izin anaknya menghadiahkan PS5 tersebut dan berseloroh mengatakan akan mematuhi waktu jika bermain permainan video itu.

@yoursefhiaaa

part 2 || Betul la kan, rezeki Allah yang pegang, dalam takde duit tu tiba tiba Tuhan bagi lebih terus belikan apa yang ayah nak, mesti Ayah merengek nak daripada umur dia 5/6 tahun sorry berdekad dah umurnya baru dapat bagi . #fyp #ps5

♬ original sound - officialnohsalleh - officialnohsalleh

Lelaki sampai ke tua seronok dapat hadiah macam ni

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata terhibur melihat reaksi teruja bapanya yang seperti anak kecil mendapat permainan.

Mereka juga berharap suatu hari nanti dapat sama-sama menggembirakan orang tua dengan duit sendiri termasuklah menggapai impian mereka yang sudah dipendam sejak lama.

image is not available

Seronok tengok anak beri bapa hadiah, terima kasih ibu bagi greenlight

image is not available

Macam dekat syurga ea ayahnya

image is not available

Ayah tetap fikir isteri masa tengah gembira pun

image is not available

Semoga anak-anak yang berbakti kepada orang tua terus dipermudahkan urusan dan mendapat rezeki yang berlipat kali ganda.

Terharu juga tengok bapa tetap mengingati isterinya sewaktu mendapat hadiah daripada anak-anak.

Sumber: TikTok sefhiaaa