Bapa Turut Dipukul Ketika Cuba Leraikan Anaknya Dibuli Sekumpulan Pelajar

24 Jul 2026 • 11:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelajar lelaki berusia 16 tahun bersama bapanya cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan pelajar dalam satu kejadian di luar sebuah sekolah menengah di Taman Desaminium, awal bulan ini.

Kes yang tular di media sosial itu kini dalam siasatan polis selepas laporan diterima daripada mangsa. Beberapa individu juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

Polis sudah tahan semua suspek terlibat

Image from: Bapa Turut Dipukul Ketika Cuba Leraikan Anaknya Dibuli Sekumpulan Pelajar

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 3 Julai lalu.

Menurutnya, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium dipanggil oleh beberapa pelajar lelaki dari sekolah yang sama ketika sedang menuju ke motosikalnya yang diparkir di luar kawasan sekolah.

Ketika mangsa sedang menuju ke motosikalnya yang di parkir di luar kawasan sekolah, dia telah dikepung sebelum dipukul oleh kesemua suspek.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka pada bahagian bibir dan lutut selain lebam serta sakit di seluruh badan.- Katanya.

Bapa mangsa turut cedera ketika cuba leraikan pergaduhan

Image from: Bapa Turut Dipukul Ketika Cuba Leraikan Anaknya Dibuli Sekumpulan Pelajar

Dalam kejadian sama, bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut dipercayai dipukul sehingga terjatuh di atas jalan.

Akibatnya, lelaki itu mengalami kecederaan pada tangan dan kaki serta sakit di seluruh badan.- Ujarnya.

View on Threads

Muhamad Farid berkata, polis telah menahan beberapa individu bagi membantu siasatan sebelum mereka dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Dalam masa sama, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penyebaran kandungan berkaitan kejadian di media sosial.

The post Bapa Turut Dipukul Ketika Cuba Leraikan Anaknya Dibuli Sekumpulan Pelajar appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved