Bapa ubah suai basikal untuk hantar anak ke sekolah meninggal dunia

23 Feb 2025 • 9:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang bapa yang pernah tular ubah suai basikal untuk hantar anak ke sekolah dengan meletakkan bumbung serta tong sampah agar buah hatinya tidak terkena panas serta hujan dilaporkan telah meninggal dunia.

Menerusi perkongsian dari Facebook Lahad Datu Info. lelaki yang dikenali sebagai Pak Cik Basri itu telah meninggal dunia pada 21 Februari lalu.

image is not available

Bapa ubah suai basikal meninggal dunia kelmarin

Difahamkan, allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada petang hari tersebut dan telah dikebumikan di Batu 9, Lahad Datu dan disolatkan di Masjid Kampung Bakau, Lahad Datu.

image is not available

Bapa ubah suai basikal elak anak kena panas dan hujan ke sekolah

Terdahulu kisah Pak Cik Basri telah mencuri perhatian apabila dia memodifikasi basikal dengan meletakkan bumbung dan tong sampah sebagai penghadang agar anak perempuannya tidak terkena panas dan hujan ketika menghantarnya ke sekolah.

Allahyarham yang sebelum ini bekerja sebagai penjual aiskrim selama 11 tahun secara mengelilingi kampung tidak meneruskan lagi sumber pendapatannya itu kerana masalah kesihatan yang dihadapi.

image is not available

Sebelum ini dapat hadiah motosikal

Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan memastikan anak perempuannya pergi ke sekolah dengan lancar.

Susulan daripada itu, pempengaruh kebajikan, Adrian Edy telah memberikan hadiah sebuah motosikal kepada Pak Cik Basri agar memudahkan urusan hariannya termasuklah menghantar anak tersayang.

image is not available

Salam takziah buat ahli keluarga

Berita tentang pemergian Pak Cik Basri telah mengejutkan ramai dan rata-rata mengucapkan salam takziah kepada keluarganya serta mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

image is not available

Semoga tabah menerima ujian ini

image is not available

Semoga roh Pak Cik Basri ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman

image is not available

 

Semoga anak dan ahli keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian ini. Salam takziah.

Sumber: Facebook Lahad Datu Info