Bapa usia 47 tahun sambung belajar di politeknik demi kejar impian

LocalTechnology
7 Jan 2025 • 4:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang bapa usia 47 tahun sambung belajar di politeknik demi mengejar impiannya membuka pusat servis kenderaan sendiri di masa hadapan.

Menerusi perkongsian TikTok Hep Politeknik Port Dickson, Mohd Safuan bin Nadin, 47 telah mendaftar sebagai pelajar baru untuk sesi kedua tahun 2024/2025 di politeknik cawangan tersebut.

https://www.tiktok.com/@hep.politeknik.pd/photo/7456566562749828360?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7379894777611830791

Sambung belajar di politeknik sebab mahu buka pusat servis kenderaan

Difahamkan, Mohd Safuan bercita-cita mahu membuka pusat servis kenderaan pada masa hadapan dan telah memilih Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) kerana minat yang mendalam dalam bidang tersebut.

image is not available

Usia bukan penghalang untuk sambung belajar di politeknik

Mohd Safuan yang pernah berkhidmat sebagai Pengurus Agensi Kumpulan dalam Unit Amanah dan Takaful merupakan suami kepada seorang suri rumah dan dua orang cahaya mata.

Salah seorang anaknya sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seorang lagi berada di tingkatan empat.

image is not available

Harap usaha pakcik buka mata anak2 muda

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata memuji usahanya dalam menuntut ilmu.

Mereka juga bangga dengan apa yang dilakukan Mohd Safuan kerana boleh menjadi contoh yang baik buat anak-anak muda sekarang kerana tidak pernah berputus asa untuk terus belajar.

image is not available

Tiada yang terlambat untuk pendidikan

image is not available

Terharu dengan usahanya kejar ilmu pengetahuan

image is not available

Pembelajaran tanpa had umur

image is not available

Semoga impian bapa kepada dua orang anak ini tercapai dan dipermudahkan urusannya sepanjang menuntut ilmu di politeknik.