Barang Jualan Kena Rampas, Peniaga Tiada Lesen Amuk Di Dataran Merdeka

26 Mar 2025 • 9:48 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Barang Jualan Kena Rampas

Seorang peniaga dipercayai tiada lesen perniagaan berang apabila barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa dipercayai di Dataran Merdeka.

Barang jualan kena rampas, peniaga buat provokasi?

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang pengguna TikTok telah merakam dan memuat naik video sewaktu peniaga tersebut mengamuk serta membuang-buang barang jualannya.

Dapat didengar dengan jelas peniaga itu membuat provokasi menyuruh penguat kuasa mengambil barang-barang jualannya dipercayai air mineral dan juga tisu kerana didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.

Barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa

Walau bagaimanapun, penguat kuasa yang memakai pakaian biasa dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri apabila lelaki tersebut mula mengamuk sewaktu barang-barangnya diambil.

Mereka kemudiannya membawa barangan tersebut pergi dan tidak membuat sebarang kekecohan di tempat umum sewaktu orang ramai memenuhi lokasi berkenaan.

Ambil la lesen, tak adil buat mereka yang ada lesen

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merasakan tindakan peniaga tersebut berlebihan kerana penguat kuasa hanya menjalankan tugas mereka sahaja.

Ada juga menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh peniaga itu sememangnya tida wajar kerana peniaga-peniaga lain bersusah payah mendapat lesen supaya boleh berjualan tanpa sebarang halangan.

image is not available

Kalau tak ambil tindakan makin bersepah la

image is not available

Benda akan senang kalau ikut undang-undang

image is not available

Mereka buat kerja je kot

image is not available

Seeloknya, patuhilah undang-undang dalam mencari rezeki agar tiada sebarang masalah di kemudian hari.

Sumber: TikTok user62935921735153