Didakwa Tiada Lesen, Peniaga Mengamuk Ketika Penguat Kuasa Rampas Barang Di Dataran Merdeka

Entertainment
26 Mar 2025 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, adalah menjadi satu kesalahan jika berniaga di kawasan awam tanpa mendapatkan lesen yang sah.

Tular sebuah video di platform TikTok, memaparkan seorang peniaga yang dipercayai tiada lesen perniagaan mengamuk apabila barang jualan dirampas oleh dua individu yang dipercayai pegawai penguat kuasa.

Kejadian itu dirakam dan disaksikan orang awam yang sedang menunggu waktu berbuka puasa di Dataran Merdeka, semalam.

Dalam video itu, lelaki tersebut kelihatan tidak berpuas hati dengan tindakan penguat kuasa lalu membuang botol-botol air dan tisu jualan di atas padang sebagai tanda protes.

Namun, pegawai-pegawai terbabit dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri ketika lelaki tersebut mengamuk. Turut dipaparkan seorang wanita yang kemudian masuk campur dan memarahi pegawai tersebut di khalayak ramai.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya menyokong pegawai yang sedang menjalankan tugas mereka dan beranggapan tindakan peniaga agak keterlaluan.

Netizen menyatakan tindakan peniaga itu tidak wajar kerana tidak adil kepada peniaga-peniaga lain yang bersusah payah mendapatkan lesen berniaga di situ.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Pun begitu, ada juga yang bersimpati kerana mungkin peniaga terbabit sedang terdesak mencari rezeki. Situasi ini mengingatkan kepada insiden Pak Cik Petai yang tular baru-baru ini.

image is not available

Walau bagaimanapun, netizen berharap isu ini dapat ditangani sebaiknya kerana bimbang ia akan menjadi ‘trend’ untuk meraih perhatian ramai.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.