Barang keperluan harian tidak dikenakan cukai jualan - Kementerian Kewangan

LocalBusiness & Finance
11 Jun 2025 • 4:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Barang keperluan harian tidak dikenakan cukai jualan - Kementerian Kewangan

image is not available

11/06/2025 - 16:05

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan MADANI mengambil langkah untuk tidak mengenakan Cukai Jualan ke atas barangan keperluan harian supaya tidak memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup majoriti rakyat dan pada masa sama memastikan kadar inflasi kekal terkawal.

Semakan semula Cukai Jualan hanya menyasarkan barangan pilihan dan premium kepada 5% atau 10%, kata Kementerian Kewangan dalam satu hantaran di laman Facebook.

image is not available

Barangan keperluan seperti hasil pertanian segar, beras, minyak masak, roti, gula, ubat-ubatan dan bahan binaan akan terus dikecualikan daripada cukai.

image is not available

Sementara itu, barangan mewah seperti ketam raja, buah import, cendawan truffle, minyak pati dan kain sutera akan dikenakan cukai 5%.

Minyak masak berasaskan minyak sawit — iaitu minyak masak berasaskan tumbuhan yang paling banyak digunakan di Malaysia — dikecualikan daripada cukai yang diperluas, manakala minyak bunga matahari akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%.

image is not available

Gula halus juga dikecualikan daripada SST, namun gula mentah akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%, menurut warta kerajaan.- DagangNews.com

standard