Barangan Hilang Selepas Serbuan, Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan

LocalPolitics
3 Sep 2025 • 5:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai bersama beberapa anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan barangan bernilai ratusan ribu ringgit di sebuah banglo tiga tingkat yang dijadikan inap desa,di Kajang

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, laporan dibuat oleh seorang penghuni selepas mendapati biliknya berselerak dan beberapa barangan peribadi hilang.

image is not available

Siasatan awal mendapati banglo tersebut, yang mempunyai beberapa bilik dan disewa oleh pelbagai individu, menjadi lokasi serbuan pada 28 Ogos lalu kira-kira jam 2 pagi.

Serbuan itu dijalankan selepas polis menerima aduan orang awam mengenai bunyi bising dari premis berkenaan.

Mangsa hanya menyedari kehilangan barangan peribadi selepas pulang ke inap desa tersebut. Susulan laporan dibuat pada 29 Ogos, polis telah menahan pegawai serta beberapa anggota yang terlibat dalam serbuan itu untuk membantu siasatan,” katanya.

image is not available

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad AminnuraMif Mohf Zoki)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved