Barni Racing Lancar Livery Pasukan untuk 2026.

12 Jan 2026 • 8:14 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Barni Racing secara rasmi melancarkan livery pasukan mereka bagi menghadapi saingan WorldSBK 2026, sekali gus menjadi pasukan pertama di Kejuaraan Superbike Dunia yang memperkenalkan jentera dan livery bagi musim baharu tahun ini.

Lebih menarik, Barni Racing juga menjadi pasukan Ducati pertama yang menampilkan jentera generasi terkini Ducati Panigale V4R 7G, menandakan debut rasmi model tersebut dalam arena WorldSBK.

Berbeza dengan musim lalu, livery musim ini tampil dengan dominasi warna merah yang lebih ketara, berbanding tahun lalu yang menjadikan warna hitam sebagai elemen utama.

Perubahan besar turut berlaku dalam senarai pelumba, apabila Alvaro Bautista meneruskan kariernya bersama pasukan satelit Ducati selepas tempatnya di pasukan kilang digantikan oleh Iker Lecuona bagi musim 2026.

Alvaro Bautista akan digandingkan bersama pelumba sedia ada Barni Racing sejak tahun lepas iaitu Yari Montella.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved