Baru 18 Tahun, Sudah Cipta Inovasi & Terlibat Dalam Penyelidikan Saintifik! Ini 10 Fakta Menarik Miss Earth Malaysia 2026

28 Nov 2026 • 6:23 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Baru 18 Tahun, Sudah Cipta Inovasi & Terlibat Dalam Penyelidikan Saintifik! Ini 10 Fakta Menarik Miss Earth Malaysia 2026

Bukan sekadar cantik, pemegang gelaran Miss Earth Malaysia 2026, Elyse Tan memiliki latar belakang akademik, penyelidikan saintifik, keusahawanan dan sukan yang cukup mengagumkan meskipun baru berusia 18 tahun.

Daripada menjalankan penyelidikan di makmal sehingga memperjuangkan keselamatan air, jelitawan ini membuktikan potensinya melangkaui pentas pertandingan ratu cantik.

Jom kenali 10 fakta menarik mengenai Elyse Tan!

1. Anak Malaysia Yang Membesar Di Shanghai

Meskipun membesar di Shanghai, China, Elyse merupakan warganegara Malaysia. Dia mendapat pendidikan di Wellington College International Shanghai dan mengikuti program International Baccalaureate (IB).

Image from: Baru 18 Tahun, Sudah Cipta Inovasi & Terlibat Dalam Penyelidikan Saintifik! Ini 10 Fakta Menarik Miss Earth Malaysia 2026

2. Penuntut Universiti Tsinghua

Pada usia 18 tahun, Elyse kini merupakan penuntut tahun pertama di School of Economics and Management, Universiti Tsinghua, Beijing, China.

3. Pernah Mengikuti Program Di Universiti Duke

Pada 2024, Elyse berpeluang mengikuti program musim panas dalam bidang toksikologi kimia di Universiti Duke, Amerika Syarikat.

Menerusi program tersebut, dia mempelajari kesan bahan toksik terhadap alam sekitar, termasuk melalui pemodelan molekul dan penilaian risiko.

Image from: Baru 18 Tahun, Sudah Cipta Inovasi & Terlibat Dalam Penyelidikan Saintifik! Ini 10 Fakta Menarik Miss Earth Malaysia 2026

4. Sudah Bergelar Penulis Bersama Jurnal Saintifik Antarabangsa

Ketika masih bergelar pelajar sekolah menengah, Elyse menyertai projek penyelidikan teknologi bahan nano di ShanghaiTech University dari 2023 hingga 2025.

Penyelidikan itu memberi tumpuan kepada kaedah penghasilan hidrogen peroksida yang lebih lestari dengan memanfaatkan cahaya.

Hasil penyelidikan tersebut diterbitkan dalam jurnal antarabangsa, The Journal of Physical Chemistry Letters pada 2026, dengan Elyse disenaraikan sebagai salah seorang penulis bersama.

Image from: Baru 18 Tahun, Sudah Cipta Inovasi & Terlibat Dalam Penyelidikan Saintifik! Ini 10 Fakta Menarik Miss Earth Malaysia 2026

5. Cipta Bekas Makanan Pintar Untuk Kurangkan Pembaziran

Prihatin terhadap isu pembaziran makanan, Elyse menghasilkan prototaip bekas penyimpanan makanan pintar yang dikenali sebagai i-Container.

Inovasi berasaskan teknologi sensor itu membawanya meraih gelaran juara peringkat kebangsaan dan mara ke peringkat akhir global pertandingan keusahawanan belia Diamond Challenge pada 2025.

6. Raih Pelbagai Anugerah Akademik Antarabangsa

Antara pencapaian membanggakan Elyse termasuk:

  • National Gold and Excellence Award – Canadian Chemistry Contest 2025.
  • Global Finalist & Business Pioneer Award – Harvard Crimson Business Competition 2025.
  • National Champion & Global Finalist – Diamond Challenge 2025.
  • Silver Award & Stock Pitch Award – Young Investors & Finance Challenge 2025.

Dia juga pernah bergelar finalis peringkat sekolah dalam Oxford Saïd Global Climate Change Challenge.

Image from: Baru 18 Tahun, Sudah Cipta Inovasi & Terlibat Dalam Penyelidikan Saintifik! Ini 10 Fakta Menarik Miss Earth Malaysia 2026

7. Pernah Jalani Latihan Industri Bersama Syarikat Kimia Global

Pada 2025, Elyse menjalani latihan industri dalam bidang pengurusan rantaian bekalan bersama BASF Asia-Pacific Service Centre di Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh tersebut, dia terlibat dalam penyelidikan strategi pengurusan rantaian bekalan serta inisiatif kelestarian di rantau Asia Pasifik.

Image from: Baru 18 Tahun, Sudah Cipta Inovasi & Terlibat Dalam Penyelidikan Saintifik! Ini 10 Fakta Menarik Miss Earth Malaysia 2026

8. Atlet Triatlon, Perenang & Kapten Bola Tampar

Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, Elyse juga aktif dalam pelbagai bidang sukan.

Dia pernah mewakili Shanghai dalam pertandingan triatlon peringkat kebangsaan dan menduduki ranking ke-23 bagi kategori bawah 17 tahun pada 2023.

Selain aktif sebagai perenang kompetitif, Elyse turut menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan bola tampar sekolah dari 2022 hingga 2026.

9. Miliki Sijil Menyelam & Kelayakan Mengajar Renang

Kecintaannya terhadap aktiviti air mendorong Elyse mendapatkan pensijilan PADI Advanced Open Water Diver.

Dia turut memiliki kelayakan sebagai pengajar renang dan keselamatan air bertauliah AUSTSWIM, membolehkannya membantu orang lain mempelajari kemahiran keselamatan di dalam air.

Image from: Baru 18 Tahun, Sudah Cipta Inovasi & Terlibat Dalam Penyelidikan Saintifik! Ini 10 Fakta Menarik Miss Earth Malaysia 2026

10. Perjuangkan Keselamatan Air, Kempen Jangkau Lebih 100,000 Individu

Menyedari risiko lemas khususnya dalam kalangan kanak-kanak, Elyse mengasaskan #BeYouBeSafe, sebuah platform pendidikan dwibahasa mengenai keselamatan air.

Platform tersebut mempunyai lebih 2,000 pelanggan dan telah menerbitkan lebih 35 artikel pendidikan.

Usahanya turut berkembang menerusi kempen Hari Pencegahan Lemas Sedunia di Kuala Lumpur, Shanghai dan Singapura yang dilaporkan menjangkau lebih 100,000 pelajar serta anggota masyarakat.

Sebagai Miss Earth Malaysia 2026, Elyse berharap dapat menjadi suara generasi muda dalam memperjuangkan pemeliharaan sumber air, pengurangan pembaziran dan amalan kehidupan lestari.

Image from: Baru 18 Tahun, Sudah Cipta Inovasi & Terlibat Dalam Penyelidikan Saintifik! Ini 10 Fakta Menarik Miss Earth Malaysia 2026
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved