Baru 2 Episod, Drama Ji Sung & Jeon Mido ‘Connection’ Catat Rating Tinggi

Entertainment
26 May 2024 • 3:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas “Adamas”, Ji Sung kembali menemui penonton dengan drama baru berjudul “Connection”!

Bagi yang belum tahu, “Connection” yang diterajui Ji Sung dan Jeon Mi-do, merupakan drama thriller jenayah mengenai pencarian kebenaran disebalik kejadian rakan sekolah menengah yang meninggal dunia dan meninggalkan duit insurans sebanyak 5 bilion won (RM17.8 juta).

Untuk episod pertama yang disiarkan pada 24 Mei, drama tersebut telah berjaya mencatat rating mengagumkan mencecah 5.7% dan meningkat ke 6.1% untuk episod kedua.

image is not available

Meskipun baru 2 episod, penonton rata-rata telah memberikan komen positif mengenai drama berkenaan dan meningkatkan jangkaan untuk episod yang seterusnya pula.

Sementara itu, “Connection” ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di SBS. Haa korang dah layan belum drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.