“Melampau” – Papar Adegan B*gel Im Soohyang, Penonton Buka Petisyen Minta Tamatkan ‘Beauty & Mr. Romantic’

Movie
7 May 2024 • 3:38 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ada tak yang tengah layan drama “Beauty and Mr. Romantic” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “Beauty and Mr. Romantic” adalah drama yang diterajui Im Soo-hyang dan Ji Hyun-woo, mengisahkan tentang Park Do-ra yang menjadi seorang pelakon terkenal kerana ibunya, Baek Mi-ja.

Namun selepas popular, Do-ra memutuskan untuk berehat tetapi harus tetap bekerja kerana ibunya yang ingin sentiasa hidup dalam kemewahan dan banyak menimbulkan masalah.

Sudah 14 episod bersiaran, penonton rata-rata kecewa dengan perkembangan plot drama tersebut tambahan pula ada adegan di mana Park Do-ra (Im Soo-hyang) menanggalkan bajunya selepas ditawarkan untuk mengambil gambar bogel bagi menyelesaikan hutang ibunya.

image is not available

Rating semakin jatuh, beberapa netizen Korea telah mengemukakan petisyen agar drama itu ditamatkan lebih awal dan mengkritik penulis dengan perkembangan cerita yang dianggap melampau.

Komen netizen,

  • Ini ke drama hujung minggu KBS?
  • Bukankah ini drama bergenre keluarga?
  • Tak perlu pun nak provokatif seperti ini.
  • Ia terlalu melampau.

Hmm, apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.