Baru bebas Henry Gurney, pemuda didakwa noda adik lain

28 Aug 2026 • 3:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Baru bebas Henry Gurney, pemuda didakwa noda adik lain

MELAKA – Baru beberapa jam dibebaskan dari Sekolah Henry Gurney selepas menjalani hukuman lebih dua tahun kerana merogol adiknya, seorang pemuda kembali berdepan mahkamah, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adiknya yang lain.

Tertuduh berusia 21 tahun yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal adik perempuannya yang berusia 15 tahun dan kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Umbai, Merlimau dalam daerah Jasin, kira-kira pukul 1 tengah hari pada 6 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pemuda itu didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa dengan menarik seluar serta menyandarkan badannya pada tubuh remaja berkenaan dan perbuatan tersebut didakwa berlaku di lokasi sama kira-kira pukul 9.30 malam pada 20 Ogos lalu.

Difahamkan, tertuduh yang merupakan anak sulung daripada empat beradik terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan, sebelum ini pernah disabitkan atas kesalahan merogol seorang lagi adiknya yang ketika itu berusia 15 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Rif’ah ‘Izzati Abdul Mutalif mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan turut memohon syarat tambahan supaya tertuduh dilarang mengganggu atau mendekati mangsa selain diwajibkan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan baru keluar dari pusat pemulihan dan perlu membantu menambah pendapatan keluarganya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta meluluskan syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula dan serahan dokumen pada 29 September depan. – KOSMO! ONLINE

The post Baru bebas Henry Gurney, pemuda didakwa noda adik lain appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved