Baru beli, e.MAS 7 milik Leona terbabit kemalangan – “Sebab tu kereta pertama saya bukan Porsche”

LocalCars
24 Dec 2025 • 9:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona Azhar atau Leona memaklumkan kereta baharunya iaitu proton jenis e.MAS 7 terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kereta terlibat kemalangan

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona kelihatan tenang menunjukkan bahagian belakang keretanya yang sudah calar dan menjelaskan insiden itu menjadi sebab mengapa kenderaan pertamanya bukan sebuah kereta mewah.

@leonathe2nd

image is not available

♬ original sound - le yoooooooo na - le yoooooooo na
“Saya terlibat dalam kemalangan kereta, ini tidak kelakar mungkin sebab itulah kereta pertama saya bukan Porsche,” kata Leona, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia menjelaskan ibunya meminta untuk kekal tenang dan tidak bimbang memandangkan kenderaan tersebut masih boleh dibaiki.

image is not available

“Saya ada hubungi ibu saya dan dia kata ‘tak apa, boleh baiki jangan risau,” kongsinya.

Artikel lain: Tahniah! Leona tamat pengajian, berjaya genggam ijazah sarjana muda

Terdahulu, anak kepada pelakon serta arkitek terkenal Azhar Sulaiman itu, telah mencuri perhatian warganet dengan gelagatnya menunjukkan kereta baharu, Proton eMAS 7 berwarna ‘pink’ lembut di media sosial.

image is not available

Bagaimanapun, Leona mengaku secara jujur dan bersahaja, biarpun dirinya sudah mempunyai lesen memandu namun buat masa ini orang lain akan membawa kereta baharunya itu kerana dirinya masih belum mahir sepenuhnya.

Walaupun masih dalam fasa belajar memandu dengan yakin, pembelian itu menandakan satu bab baharu dalam perjalanan hidupnya sebagai wanita muda yang kian berdikari.

Sumber: TikTok leonathe2nd