Wanita Maut MPV Dipandu Terbabas Sebelum Terjunam Ke Dalam Sungai

9 Dec 2025 • 10:00 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai berhampiran pusat rekreasi Tanjung Agas petang semalam.

Wanita maut kereta tenggelam dalam sungai

image is not available

Foto: Sinar Harian

Artikel lain: Niat Bantu Mangsa Kemalangan, Wanita Maut Dirempuh Treler Dalam Nahas Lima Kenderaan

Menurut laporan Sinar Harian, Pegawai Bomba Kanan Satu, Jahairi Shukor menyatakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.48 petang.

Susulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan dengan kekuatan 10 anggota digerakkan dari BBP Tangkak dan Muar ke lokasi kira-kira dua kilometer dari balai.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Sebaik tiba pada jam 3.51 petang, pasukan mendapati sebuah MPV Nissan Grand Livina terbabas dan tenggelam di dalam sungai.
“Seorang wanita dewasa ditemukan terperangkap di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

 

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat, namun pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan wanita itu telah meniggal dunia.

Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.40 petang.

Sumber: Sinar Harian 

The post Wanita Maut MPV Dipandu Terbabas Sebelum Terjunam Ke Dalam Sungai appeared first on Borak Daily.