“Baru Betul Contoh Influencer” – Ramai Puji Alif Satar Ajak Subuh Di Masjid Macam Solat Jumaat

4 Dec 2023 • 12:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru real influencer! Itulah kata-kata pujian yang diperoleh Alif Satar apabila dia mengajak para followers berjemaah solat subuh di masjid seperti solat Jumaat.

Lebih mengharukan, sambutan yang diterima Alif sangat menggalakkan dan dapat dilihat mereka bergambar bersama-sama.

Kata penyanyi ini, mereka ke masjid seawal jam 5.30 pagi dan mendengar kuliah yang disampaikan ustaz sekitar jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi.

Selepas itu, mereka meneruskan dengan aktiviti sarapan bersama jemaah yang hadir. Di ruangan komen perkongsian, ramai yang memuji cara Alif mengajak followers melakukan kebaikan.

Kata mereka, Alif adalah contoh selebriti yang menggunakan pengaruh yang ada ke jalan yang benar.

Kredit: Instagram | TikTok Aliff Satar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved