Baru Hari Pertama Dipasang, Kamera Trafik Pintar Guna AI Berjaya Tangkap 1,986 Kesalahan Jalan Raya Di Kuching

5 Feb 2023 • 11:15 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kamera trafik pintar guna AI pertama di Sarawak.

Baru Hari Pertama Dipasang, Kamera Trafik Pintar Guna AI Berjaya Tangkap 1,986 Kesalahan Jalan Raya Di Kuching. Dilaporkan, E-police AI (Artificial Inteligence) camera pertama di Kuching telah dipasang di lampu isyarat Batu 2.5 yang terletak di hadapan Wisma Naim telah berjaya menangkap sebanyak 1,986 kesalahan jalanraya pada hari pertama ia dilancarkan.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, penguatkuasaan kamera trafik pintar yang menggunakan AI itu telah dicadangkan pada Oktober tahun lepas bagi mengenal pasti mereka yang sering melanggar peraturan lalu lintas.

image is not available
Baru Hari Pertama Dipasang, Kamera Trafik Pintar Guna AI Berjaya Tangkap 1,986 Kesalahan Jalan Raya Di Kuching

Ini merupakan inisiatif MBKS

Ini merupakan inisiatif MBKS sendiri dan kamera ini digelar e-police AI yang akan dipasang selama 6 bulan terlebih dahulu untuk menjalani tempoh percubaan keberkesanannya.

Melihat kepada jumlah kesalahan lalu lintas yang berjaya ditangkap oleh e-police AI tersebut pada hari pertamanya, jumlah saman yang boleh dikeluarkan boleh mencecah hampir RM 300,000 dalam masa sehari.

Selain daripada mengumpul keseluruhan data trafik di sesuatu kawasan, kamera AI ini juga mempunyai pandangan 360 darjah di mana ia juga boleh memberikan maklumat mengenai tingkah laku pengguna jalan raya.

image is not available

Boleh menangkap pelbagai kesalahan jalan raya

Ia boleh menangkap nombor plat kenderaan, menangkap kenderaan yang berhenti di kotak kuning serta melanggar lampu merah, membuat selekoh atau u-turn haram dan memandu pada arus yang bertentangan.

Setelah orang ramai tahu mengenai pemasangan kamera trafik pintar ini, pada hari kedua jumlah pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas menurun dari 1,896 kepada 1,000. Oleh demikian, Dato Wee Hong Seng berharap agar jumlah penurunan ini semakin berkurangan pada hari hari seterusnya.

Beliau juga berkata pemasangan kamera pintar itu juga memberikan banyak manfaat termasuk memberi peringatan agar pemandu di luar sana untuk mengambil berat tentang tingkah laku di jalan raya serta menghapuskan rasuah.

Lagi berita menarik untuk anda di sini: