Baru Jadi Artis, Dua Bekas Finalis Indonesian Idol Dikecam Upload Video Berc*mbu

EntertainmentLifestyle
5 Jun 2025 • 4:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mereka yang kerap menggunakan TikTok, pasti kenal dengan bintang baru dari Indonesia iaitu Fajar Noor. Lagu Putri Iklan dendangan asal ST12 yang dinyanyikan olehnya dalam versi yang lebih rancak telah menambat hati pendengar hingga ke Malaysia.

Bagaimanapun, timbul satu isu yang kurang enak di mata netizen berkenaan dengan tindakannya yang tular di media sosial. Biarpun sudah dipadam, hangat diperkatakan mengenai satu video pemenang ini bersama finalis lain, Shabrina Leanor yang juga juara untuk program itu sedang bercumbu.

Dalam video tersebut, dilihat Shabrina Leanor sedang menata rias wajah Fajar Noor secara time lapse. Namun begitu ketika sedang melakukan solekan kepada Fajar, dilihat mereka berdua sempat berciuman di bibir.

image is not available image is not available image is not available

Video yang dikongsikan semula oleh pengguna lain itu tular dan menjadi buah mulut peminat-peminat di negara jiran. Ia sekaligus mengundang kecaman orang ramai dan peminat kecewa melihat perbuatan mereka ini.

image is not available image is not available image is not available

Alahai sayangnya, baru je setahun jagung dah buat kontroversi, tak apa lah, harap kena lebih peka kalau nak buat sebarang perkongsian dan jaga diri.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.