
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Isu gejala sosial bebas tak dinafikan semakin membimbangkan khususnya di kalangan anak muda.
Remaja 15 Tahun dicekup berkhalwat dengan lelaki dalam tandas surau
Terbaharu seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun telah dicekup berkhalwat bersama teman lelaki yang baru dikenalinya seminggu yang lalu.
Apa yang lebih menjadi perhatian, pasangan itu dicekup berkhalwat di tandas surau di sebuah kampung di Kilang Lama, Kulim, Kedah jam 1.30 pagi pada 22 Jun.
Difahamkan remaja berkenaan tidak lagi bersekolah dan dipercayai berkenalan dengan lelaki itu disebabkan bekerja di gerai nasi lemak yang sama sebelum mempunyai hubungan.
Tidak berpakaian lengkap ketika dicekup berkhalwat
Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad pihaknya telah menerima maklumat berhubung tangkapan terbabit dari penduduk kampung dan sewaktu ditangkap khalwat kedua-dua individu itu tidak memakai pakaian lengkap.
“Lelaki berkenaan berusia 18 tahun dan berasal dari Sungai Kob, Karangan dan bekerja berniaga nasi lemak.
“Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati, dia dan pasangannya itu baru seminggu berkenalan di tempat kerja yang sama.
“Remaja perempuan itu pula berasal dari Changlun di daerah Kubang Pasu dan tinggal di Sungai Ular, di sini bersama ibu saudaranya,” ujar Anwar, lapor Berita Harian.
Pasangan itu sering dilihat masuk surau waktu lewat pagi
Kata beliau lagi, orang awam yang menjalankan perniagaan di kawasan berdekatan sering terlihat dua individu tersebut masuk ke surau itu hampir tiga kali di waktu lewat pagi.
Orang awam kemudiannya mengesyaki pasangat berkenaan melakukan hal tidak senonoh atau maksiat lalu membuat pemeriksaan sebelum mendapati pasangan tersebut ada di dalam tandas surau berdua-duaan.
Ekoran daripada perkara itu orang awam kemudiannya bertindak memanggil pengerusi surau itu.
“Orang awam kemudian memanggil pengerusi surau berkenaan dan memaklumkan kepada pejabat agama untuk tindakan lanjut.
“Hasil soal siasat mendapati, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau mahram dan disyaki berkhalwat.”
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.



