Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Tindakan mencurigakan sepasang kekasih yang kerap mengunjungi tandas sebuah surau pada lewat malam akhirnya memakan diri apabila perbuatan tidak bermoral mereka terbongkar hasil intipan penduduk kampung.
Pasangan remaja tersebut dicekup dalam serbuan sekitar jam 1.30 pagi. Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua individu berkenaan berada di dalam tandas tersebut dalam keadaan separuh bogel.
Artikel berkaitan: Duda & Janda Dicekup Berkhalwat Dalam Bas, Alasan Nak Berehat Lepas Makan
Artikel berkaitan: “Datang rumah warnakan rambut” – Dicekup Berkhalwat Dalam Bilik, Ibu Remaja Tak Puas Hati Rumah Diserbu
Suspek lelaki merupakan seorang pekerja gerai nasi lemak berusia 18 tahun yang berasal dari Sungai Kob, Karangan. Manakala pasangannya pula ialah seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berasal dari Changlun dan kini menetap bersama ibu saudaranya di Sungai Ular.
“Orang syak mereka melakukan maksiat sebab menuju ke surau lewat malam lebih dua tiga kali.
Bila buat pemeriksaan mendapati pasangan berada di dalam tandas dalam keadaan separuh bogel,” katanya.
Menyedari situasi tersebut, penduduk kampung bertindak menghubungi pengerusi surau sebelum melaporkan kejadian kepada pihak penguatkuasa agama untuk tindakan lanjut.
Siasatan awal mendedahkan bahawa pasangan ini baru sahaja mengenali antara satu sama lain dalam tempoh seminggu di tempat kerja. Aktiviti mencurigakan mereka mula dikesan oleh orang awam serta pelanggan sebuah gerai makan berhampiran yang pelik melihat kelibat mereka di kawasan surau pada waktu lewat malam dan awal pagi.
“Hasil soal siasat mendapati kedua-duanya bukan suami isteri, lelaki itu mengenali pasangannya di tempat kerja hanya dalam tempoh seminggu.
Remaja perempuan pula tinggal di Sungai Ular bersama ibu saudara. Kejadian disedari orang awam dan penduduk kampung dari gerai makan berhampiran yang kerap melihat pasangan itu ke surau pada lewat malam dan awal pagi,” katanya.
Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 atas dakwaan berkelakuan syak berkhalwat.
Sumber: Sinar Harian
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



