
JAKARTA – Seorang pemilik rumah di Jepara, wilayah Jawa Tengah kehilangan wang sehingga 15 juta rupiah (RM3,420) selepas dilarikan oleh pembantu rumah yang baru sehari bekerja, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku sekitar pukul 3.25 petang (waktu tempatan) di Desa Mayong Kidul, baru-baru ini.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan pembantu rumah itu sedang membersihkan bilik tidur majikannya sebelum membuka laci dan mengambil beberapa keping wang bernominasi 50,000 rupiah (RM11) dan 100,000 rupiah (RM23).
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jepara, Andika Oktavian Saputra berkata, mangsa dikenali sebagai MAF, 29, mengambil suspek sebagai pembantu rumah menerusi platform Facebook.
“Dia mula bekerja di rumah mangsa pada hari kejadian. Mangsa kehilangan antara 10 juta rupiah (RM2,280) hingga 15 juta rupiah,” kata Andika. – AGENSI
The post Baru masuk kerja, ‘bibik’ curi lebih RM3,000 appeared first on Kosmo Digital.






