Tak suka isteri, suami angkut semua perabot keluar rumah

Family & ParentingLifestyle
14 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tak suka isteri, suami angkut semua perabot keluar rumah

JAKARTA – Seorang lelaki di Konawe Utara, wilayah Sulawesi Tenggara mencetuskan kekecohan apabila membawa semua perabot keluar dari rumah kerana dikatakan tidak suka lagi dengan isterinya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan lelaki terbabit dibantu oleh rakannya untuk memindahkan pelbagai barang secara berperingkat ke atas sebuah trak pikap yang diletakkan di depan rumah. 

Antara barang yang diambil termasuk tilam, kabinet, peti sejuk dan lain-lain. 

Sementera itu, si isteri hanya mampu melihat dan merakam tindakan suaminya sambil meluahkan kesedihan. 

Dia menjelaskan bahawa perabot yang diangkut keluar tersebut dibeli dengan hasil usaha bersama sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

“Anda tengok, lelaki ini keluarkan almari. Masa kami kahwin, dia yang belanja. Selepas tidak suka saya, dia ambil semua barang itu,” kata si isteri.  

Punca pertelingkahan itu masih belum diketahui. – AGENSI

The post Tak suka isteri, suami angkut semua perabot keluar rumah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved