Isteri hiris alat sulit suami guna sabit

17 Aug 2026 • 6:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isteri hiris alat sulit suami guna sabit

JAKARTA – Seorang wanita hanya dikenali sebagai AA dan berasal dari Daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, ditangkap kerana disyaki mencederakan alat sulit suaminya yang dikenali sebagai AF dengan menggunakan sebilah sabit, lapor laman berita lambe turah.

Kejadian  berlaku di rumah mereka di Mukim Kunir, Lumajang  pada Jumaat lalu kira-kira pukul  8 pagi (waktu tempatan) ketika suaminya tidur.

Pegawai Hubungan Awam Polis Daerah  Lumajang, Inspektor Dua Suprapto, mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian,  mangsa sedang tidur di dalam biliknya,” kata Suprapto.

Kejadian bermula apabila AA mengambil sebilah sabit yang berada di bahagian belakang rumah. 

Dia kemudian masuk ke dalam bilik dan menghampiri suaminya yang sedang tidur.

Suspek seterusnya mencederakan alat sulit mangsa menggunakan sabit sehingga AF mengalami cedera parah.

“Mencederakan kemaluan mangsa dengan cara menghirisnya menggunakan sabit,” kata Suprapto.

Selepas melakukan tindakan tersebut, AA sempat melarikan diri. 

Dia bagaimanapun berjaya ditahan oleh ketua kampung bersama penduduk setempat.

Polis masih menyiasat motif serangan. Bagaimanapun, maklumat awal mendakwa kejadian itu disyaki berkaitan dengan isu curang. – AGENSI

The post Isteri hiris alat sulit suami guna sabit appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved