Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Keadaan jerebu bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa apabila melibatkan kesihatan dan keselamatan anak-anak di sekolah.
Dalam situasi begini, tindakan pihak berkuasa amat penting bagi memastikan murid tidak terdedah kepada risiko kesihatan akibat udara yang tercemar.
Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkongsi pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkaitan situasi jerebu semasa.
Menurutnya, aspek kesihatan anak-anak perlu diberi perhatian tanpa mengabaikan masa pembelajaran mereka.
Beliau turut memaklumkan bahawa NADMA akan memperjelas tindakan serta prosedur berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dalam masa terdekat.
View on Threads
Artikel berkaitan: Menteri Pendidikan Sahkan Hukuman Merotan Di Sekolah Masih Wujud, Tetapi Ada Syarat
Artikel berkaitan: Jerebu Makin Membimbangkan: PMX Hubungi Presiden Indonesia, TUDM Tingkatkan Pembenihan Awan
Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat kritikan daripada seorang pengguna Threads yang mendakwa pihak kementerian lambat mengambil tindakan berhubung isu tersebut meskipun masalah itu telah berlarutan lebih dua bulan.

Menjawab teguran tersebut, Fadhlina berkata isu jerebu sebenarnya sudah dibincangkan sejak lebih dua bulan lalu.
Malah, pertemuan terbaharu diadakan bagi memperkemas penyelarasan antara agensi yang terlibat dalam menangani situasi itu.
Jelasnya, KPM tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian kerana pengurusan isu itu turut melibatkan tanggungjawab beberapa agensi lain.
“Sudah lebih dua bulan kita menguruskan situasi jerebu ini saudara. Sudah tentu banyak perbincangan dan tindakan telah dibuat sebelum ini.
“Pertemuan terbaru ini bertujuan memperkemas penyelarasan sedia ada antara agensi. Jerebu ini KPM tak boleh buat keputusan sendiri.
“Ada perkara di bawah tanggungjawab JAS, KKM, NADMA dan agensi lain juga. Jadi memang kena duduk berbincang dari semasa ke semasa,” jelasnya.
Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





