“Baru pengundi kawasan dorang tahu”- Nama Ahli Parlimen Ponteng Persidangan Dewan Rakyat Akan Dipapar Di Laman Web

Politics
5 Nov 2023 • 10:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tahukah anda, nama Ahli Parlimen yang ponteng atau sengaja tidak menghadirkan diri ke persidangan Dewan Rakyat dikatakan mungkin akan dipaparkan di laman web rasmi Dewan Rakyat?

Perkara ini bakal dilakukan untuk memudahkan pengundi kawasan Parlimen tersebut mengetahui sama ada Ahli Parlimen yang diundi oleh mereka benar-benar komited dalam tugas mereka ataupun tidak.

image is not available

Menurut Tan Sri Johari Abdul iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat, ia bakal dilaksanakan untuk meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen ke setiap persidangan untuk membahasa hal rakyat di parlimen, lapor Astro AWANI.

Walau bagaimanapun, perkara itu masih lagi berada di peringkat cadangan dan ia akan dibincangkan dengan jawatankuasa Parlimen lain.

Jawatankuasa tersebut turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen yang terdiri daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang.

Namun, beliau berkata adalah lebih baik jika cadangan itu dimulakan di mana nama-nama Ahli Parlimen yang sengaja ponteng dipaparkan di laman web agar pengundi kawasan dan masyarakat dapat mengetahui di manakah Ahli Parlimen yang tidak hadir itu menghilangkan diri.

image is not available
Gambar fail

Bagus la kan kalau cadangan ni betul-betul dilaksanakan. Kalau Ahli Parlimen korang banyak kali tak datang ke persidangan dan tak perform, nanti PRU seterusnya korang boleh decide untuk undi calon lain pula.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.