Baru Sebulan Berkenalan, Agensi Sahkan Lee Jae Wook & Karina Aespa Bercinta!

Entertainment
27 Feb 2024 • 5:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Lee Jae Wook & Karina Aespa Bercinta

Baru sebulan berkenalan, pelakon terkenal dari Korea Selatan iaitu Lee Jae Wook dan ahli kumpulan Aespa, Karina dilaporkan sedang hangat bercinta.

Spekulasi tersebut disahkan oleh agensi kedua-dua selebriti tersebut iaitu SM Entertainment dan C-JeS Studios selepas berita tersebut dilaporkan secara ekslusif oleh Dispatch, hari ini.

“Benar. Mereka berdua dalam fasa berkenalan antara satu sama lain,”menurut kenyataan agensi Karina, SM Entertainment.

Kedua-dua selebriti itu menjalinkan hubungan selepas mereka bersama-sama menghadiri satu pertunjukan fesyen jenama terkenal, Prada di Milan, Itali pada 14 Januari lalu.

Meskipun mereka berdua dilaporkan sibuk, namun Lee Jae Wook dan Karina Aespa sempat meluangkan masa bersama di Seoul, Korea dan Milan, Itali.

image is not available

Menurut laporan, Karina yang tinggal di bilik asrama Aespa yang disediakan oleh agensinya sempat berjumpa dan meluangkan masa bersama dengan Lee Jae Wook.

image is not available

Malah, ada sumber mengatakan mereka seringkali terlihat kereta Karina di kawasan perumahan aktor drama Alchemy of Souls.

Sumber: Naver

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved