“Macam Mana La Tak Jatuh Cinta” – Cinta Pandang Pertama, Video Lee Jaewook ‘Jaga’ Karina aespa Tular

Entertainment
27 Feb 2024 • 1:56 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sah sedang bercinta, video interaksi antara Lee Jae-wook dan Karina aespa kembali tular.

Terbaru pada 27 Februari, agensi telah mengesahkan bahawa Lee Jae-wook dan Karina sedang mengenali antara satu sama lain kini dan sering meluangkan waktu bersama di kawasan perumahan pelakon lelaki itu pada waktu malam.

Selepas laporan itu dibuat, netizen telah menonton kembali video interaksi mereka ketika di Minggu Fesyen Milan untuk jenama Prada, pada Januari lalu.

Dalam video itu, pasangan tersebut duduk bersebelahan dan saling berbalas-balas senyuman antara satu sama lain.

Selain itu dalam video lain, mereka juga kelihatan mesra berborak bersama dan sikap gentleman Lee Jae-wook yang sentiasa menjaga Karina turut meraih perhatian ramai.

Komen netizen,

Rasa macam tengah tengok K-Drama.

 

Siapa je kan yang tak jatuh cinta dengan Karina kalau dah cantik macam ni.

 

Macam mana la Karina tak jatuh cinta kalau Lee Jae-wook menjaganya sebegitu.

 

Siapa sangka kan..

Semoga mereka terus berbahagia bersama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.