“Baru tahu Kelantan musim winter” – Usahawan Melawat Mangsa Banjir Sakan Dikritik Netizen

Entertainment
2 Dec 2024 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, banjir di Pantai Timur baru-baru ini telah membuatkan ramai pihak bersimpati dengan dugaan yang menimpa dan ada yang ‘turun padang’ untuk memberikan bantuan, antaranya seperti usahawan ini.

Usahawan yang dikenali sebagai Juliana Mazlan ini mendapat perhatian kerana cara dan pakaian yang digayakannya ketika melawat mangsa banjir di sebuah PPS di Kelantan.

Dalam hantarannya menerusi TikTok, Juliana dilihat ingin memberikan sumbangan dan membantu dalam menyediakan makanan buat mangsa-mangsa banjir.

image is not available

Namun begitu mata netizen tertumpu pada jaket sejuk serta beg tangan mewah yang dibawanya bersama. Gayanya itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang bertanyakan soalan ‘sarkastik’ kepadanya tentang cuaca di Kelantan.

Bahkan ada yang menyatakan bahawa jaket itu tidak sesuai digayakan ketika bersama dengan golongan yang dilanda bencana.

image is not available image is not available image is not available

Apapun, kita doakan yang terbaik buat mangsa-mangsa banjir. Semoga urusan mereka semua dipermudahkan.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.