“Bukannya benda tu tak halal” – Khairul Aming Respon Individu Yang Persoal Produknya Baru Dapat Sijil Halal

Entertainment
21 Nov 2024 • 5:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, pempengaruh, Khairul Aming ini mempunyai ‘penangan’ hebat kepada majoriti rakyat Malaysia, sampaikan produk Sambal Nyet dan Dendeng miliknya itu laris dalam sekelip mata sahaja sebaik sahaja tempahan dibuka.

Tidak dinafikan kejayaan dan sambutan hangat hasil jualan yang dia peroleh pun telah membuatkan dirinya semakin maju dan meluaskan lagi empayar perniagaannya dan baru-baru ini, Khairul Aming mengesahkan bahawa produk-produknya itu telah mendapat sijil halal.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Khairul Aming menerusi laman X miliknya. Namun begitu, ada segelintir pihak yang salah tafsir terhadap perniagaannya dengan mempersoalkan status halal produk jualannya sebelum memiliki sijil tersebut.

Terpanggil dengan persoalan itu, Khairul Aming tampil memberikan respon bahawa untuk mendapatkan sijil halal dalam perniagaan ini ada prosedur tersendiri, malah dia juga sekeras-kerasnya menolak dakwaan yang mengatakan makanan jualannya itu tak halal.

Susulan itu, Khairul Aming ada memberikan penjelasan kepada netizen agar memahami bahawa tidak semestinya halal itu bergantung kepada ramuan makanan sahaja dalam perniagaan.

Kata Khairul Aming lagi, dengan adanya sijil halal ini, dia bersyukur dan merancang untuk memperluaskan lagi pasaran produknya ini.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.