Baru Umur 6 Tahun, Aksi Kanak-Kanak Menari Tradisional Ikut Rentak Lagu Buat Ramai Kagum [Video]

EntertainmentLifestyle
27 Feb 2025 • 5:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada masa kini, kebanyakan taska atau tadika bukan sekadar mengajar ABC atau 123 kepada pelajar, sebaliknya si cilik turut didedahkan dengan kemahiran yang boleh menyerlahkan bakat terpendam mereka.

Tidak hanya itu, kebanyakan tadika dan taska juga turut mengadakan majlis graduasi meraikan tempoh persekolahan kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Dalam majlis tersebut, pelajar berpeluang membuat persembahan seperti lakonan atau tarian bagi menghiburkan para tetamu yang hadir.

Si Cilik Berusia 6 Tahun Pandai Menari Ikut Rentak

Jika kebiasaannya kanak-kanak lain sukar mengikut rentak dan hanya melakukan sesuatu mengikut gaya mereka sendiri, lain pula bagi seorang kanak-kanak lelaki ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ tadikataska_impiannilam, kanak-kanak yang baru sahaja berumur enam tahun menjadi perhatian termasuk emcee majlis dek kerana lenggok tariannya yang memukau.

Ini kerana si cilik itu dilihat menari dan pergerakannya kena dengan tempo dan rentak lagu.

Malah, gayanya itu menarik perhatian ramai sehingga emcee majlis sekali lagi meminta murid berkenaan untuk menari semula.

“Banyak-banyak penari ini, saya sebenarnya, mata saya tak lekang daripada seorang penari.

“Saya nampak potensi dia sangat besar. Saya rasa, saya jarang jumpa anak-anak tadika di tadika biasa, bukan tadika di sekolah seni dan sebagainya yang boleh menari, gerak badan penuh makna mengikut tempo dan melodi,” kata emcee berkenaan kepada tetamu di dewan tersebut.

Kanak-Kanak Menari Penuh Tenaga, Siap Mimik Muka

Berlatar belakangkan lagu tradisional Kenek-Kenek Udang nyanyian semula oleh Ahmad Jais dan Zaleha Hamid, kanak-kanak lelaki itu sekali lagi mencuri tumpuan tetamu yang hadir.

Manakan tidak, si cilik yang lengkap berbaju Melayu berwarna kuning siap dengan songkok dan sampin menari dengan penuh semangat mengikut rentak lagu.

Malah, dia juga dilihat pandai memainkan mimik muka sesuai dengan melodi sewaktu melakukan tarian berkenaan.

“Tengok ha, memang dia ikut beat lagu. Tengok ada kuda (gaya). Tengok dia bergerak betul-betul ikut beat lagu,” kata emcee berkenaan.

@tadikataska_impiannilam

Class 6 Dahlia perfomance graduation&concert TIN 2024 Memanggg wowww, cikgu mizan @SHAMIZAN SHAFEA suruh ulang lagii tuu!! Jom lihat FULL video di youtube @tin_semenyih 😍😍 #persembahan #kanakkanak #tadika #kenekkenekudang #tadikasemenyih #tinsemenyih #montessori #IslamicSchool #activitiesforkids #kidsconcert #tariantradisional

♬ 바나나차차 – MOMOLAND

Ambil Masa 3 Bulan Kuasai Tarian

Difahamkan, kumpulan kanak-kanak itu mengambil masa selama tiga bulan untuk menguasai langkah tarian.

Malah, dalam video berasingan, si cilik berkenaan dilihat memainkan peranan sebagai ketua kumpulan tarian tersebut.

@tadikataska_impiannilam

Replying to @MAK PALING GARANG latihan time ni kita guna cara Plan B sebab speaker teacher buat hal! Jadinya masing-masing jadi kreatif 😍🥰 Boleh lihat FULL video di youtube @tin_semenyih Nanti kita post persembahan kelas lain pula 😍 PLAYSCHOOL | PRESCHOOL | DAYCARE #persembahan #kanakkanak #tadika #kenekkenekudang #tadikasemenyih #tinsemenyih #montessori #IslamicSchool #activitiesforkids #kidsconcert #tariantradisional #tadikaimpiannilam

♬ original sound – tadikataska_impiannilam – tadikataska_impiannilam

Ramai Kagum Lihat Si Cilik Menari Ikut Rentak Lagu

Video yang telah mendapat lebih 2.9 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat aksi kanak-kanak lelaki itu dalam melakukan tarian tradisional.

Manakan tidak, gayanya yang penuh semangat dan mengikut rentak lagu nyata memukau mata yang melihat.

Malah, ada yang berpendapat dia perlu didaftarkan ke sekolah seni bagi menyerlahkan lagi bakat terpendamnya.

Tidak kurang ada yang memuji guru mereka kerana hasil didikannya, kanak-kanak itu boleh menari sedemikian.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Dengan Muka Sekali Main Peranan, Memang Dia Lebih Kepada Menari, Suka Tengok”

image is not available

“Belum Tengok Cikgu Dia Lagi”

image is not available

“Sangat Berbakat Macam Emcee Juga”

image is not available

“Wah, Tahniah Teacher & Team”

image is not available

“Tahniah Cikgu Yang Latih, Mesti Cikgu Sangat Pentingkan Step & Tune Lagu, Dapatlah Anak Murid Catch Up Dengan Cantik”

image is not available

Source: