Bas Ekspres Terbakar, Pemandu, Penumpang Terselamat

30 May 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah bas ekspres hangus terbakar namun 29 orang termasuk pemandu dan penumpang terselamat selepas bas yang dinaiki mereka terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Kamunting, Perak semalam.

image is not available

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik pasukannya tiba di lokasi kejadian, bas ekspres itu terbakar hampir 90 peratus selepas dipercayai terseret dengan sebuah motosikal yang terbabas di lokasi sama.

image is not available

Seramai 28 penumpang berjaya keluar dengan selamat sebelum ketibaan anggota bomba.“Bagaimanapun, seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan.