Basmi kemiskinan perlu kerjasama semua pihak, bukan kerajaan sahaja – Nurul Izzah

LocalPolitics
8 Oct 2025 • 10:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Agenda membasmi kemiskinan tidak boleh dipikul oleh kerajaan sahaja sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak, kata Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, pihak terbabit termasuk universiti, sektor swasta, badan masyarakat sivil, dan juga sokongan individu.

“Hanya dengan kesatuan usaha inilah kita mampu mencapai hasil yang bermakna,” katanya ketika berucap sebagai pengasas badan pemikir Polity pada sebuah forum berkaitan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI), satu kaedah mengukur kemiskinan secara lebih menyeluruh.

image is not available

Basmi kemiskinan perlu kerjasama semua pihak

Forum itu dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, dan menghimpunkan pelbagai tokoh akademik, pembuat dasar serta wakil pertubuhan masyarakat sivil.

Tegas beliau, kemiskinan tidak boleh lagi dilihat hanya dari sudut pendapatan kerana ia tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan rakyat.

“Banyak isi rumah masih berdepan kekurangan dari segi akses kepada pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, dan kemudahan asas,” katanya.

image is not available image is not available

Sehubungan itu, beliau berkata, pendekatan MPI mampu membantu kerajaan menilai keberkesanan dasar serta program pembasmian kemiskinan dengan lebih tepat.